Apa Itu Unit Amanah

Wednesday, May 7, 2008
0 comments
Memahami Unit Amanah Saham (Unit Trust)

2.1 Unit Amanah Saham

Dana unit amanah saham adalah skim pelaburan kolektif yang diuruskan secara profesional, yang mengumpulkan wang pemegang unit dan melaburkannya untuk mencapai matlamat tertentu sebagaimana yang diisytiharkan oleh objektif pelaburan sesuatu skim.

Skim seperti ini biasanya bertujuan memberikan pulangan melebihi purata dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pertumbuhan modal dengan risiko yang munasabah dan terkawal kepada para pelabur dalam jangkamasa sederhana hingga panjang melalui pelaburan yang dibuat di dalam pelbagai portfolio saham dan bon, atau instrumen lain yang dibenarkan.

2.2 Manfaat Melabur Dalam Unit Amanah Saham

2.2.1 Pengurusan Profesional

Unit amanah saham sama ada melantik atau mempunyai pengurus dana profesional dalaman yang mempunyai kemahiran dan sumber bagi menguruskan aset dana. Oleh itu, para pelabur mendapat manafaat daripada pengurusan dana profesional bagi pelaburan mereka di dalam dana pada kos yang rendah (dikongsi).

2.2.2 Pempelbagaian

Pempelbagaian melibatkan proses menyebarkan risiko merentasi portfolio saham dan bon yang luas dalam syarikat, sektor, negara atau wilayah yang berlainan. Ini boleh dilakukan dengan adanya jumlah wang yang besar untuk membeli pelbagai jenis saham.

Unit amanah saham memudahkan proses pempelbagaian dengan menawarkan pelabur kecil, kaedah untuk mengumpulkan wang simpanan mereka bagi membeli pelbagai portfolio saham dan bon yang dapat memberikan pemegang unit, pulangan pada risiko yang lebih rendah berbanding dengan pelaburan secara langsung dalam pasaran saham.

2.2.3 Kecairan

Pemegang Unit boleh menebus semua atau sebahagian unit milik mereka pada sebarang hari urus niaga dan hasilnya akan dihantar kepada mereka melalui pos dalam tempoh 10 hari.

2.2.4 Urus Niaga Yang Mudah

Unit amanah saham tidak memerlukan pemegang unit melakukan kerja pentadbiran, kertas kerja atau penyimpanan rekod untuk menguruskan pelaburannya.

2.2.5 Keuntungan Modal (Capital Gains)

Melalui penglibatan dalam sekuriti, pelaburan unit amanah saham menyediakan peluang untuk memperoleh pertumbuhan modal sebagai sebahagian pulangan pelaburan pemegang unit.


refer to utcplanet.wordpress.com

Al-kisah sebagai Unit Trust Consultant

0 comments
Nama ku Faiz, lepas aku abis blajar dulu, aku menganggur selama 3 bulan dan ketika tu aku sibuk cari dan terus mencari kerja untuk mengelakkan aku dari terus menganggur.

Graduate dalam bidang Information Teknologi di sebuah kolej di Ibu kota Kuala Lumpur pada 5 tahun yang lepas menyebabkan aku di terima bekerja di sebuah syarikat swasta berhampiran klcc. Memang best la dapat kerja maklumlah kompeni pertama.

Berkerja sebagai IT support and programmer selama 4 tahun di sini mengajar aku sedikit sebanyak pengalaman bidang perkomputeran...gaji pon not bad.sesuai la ngn aku seada nya.dah lama dlm bidang ni terasa la boring sket2 nak cari income lebih.mana la tahu kot dpt.untung sabut timbul, untuk batu tenggelam.

aku pown layan la website2 mana yang boleh buat duit...memang banyak tapi memandang kan aku bimbang bukan ape, sebab takut kner tipu...at last tak menjadi pon...sehingga la pada suatu hari sedang sibuk membayar duit ptptn kat public bank aku di tegur seorang amoi cun melecun.(pakai baju kebaya lak tu), di sapa nyer aku dan perkenalkan aku tentang unit trust.aku pown ngangguk shja la maklumla tak tahu...adelah dalam 45 minit aku duk dengar amoi tu sembang pasal unit trust.muler nyer dia ajak aku invest, aku katekan tak nak, lepas tu dier ajak jd ejen mcm dier, aku pown tak nak.sebab tak tahu dan tak nak amik tahu pon...hehehe. Mungkin amoi ni dah tak larat nak approach,dier bagi aku all the info pasal unit trust bersama name card dier skali.

Balik umah aku pon surf tenet and try bukak laman web unit trust(dlm biz kad dier ade laman web daa)dan start dari situ la aku muler paham and baca kat laman web tue.Baca punya baca, aku pown mcm dah minat jerk dan last aku pown join sebagai unit trust consultant. Walaupown tak der pengalaman n tak tahu langsung pon pasal sale, aku tetap jugak nak rasa pengalaman tersebut.

selama 7 bulan aku sebagai unit trust consultant secara part time, dan dalam tempoh tersebut mmg gaji aku di public mutual setanding dah dgn gaji aku sebagai IT td...wah ini sudah bagus...aku pown terus dan terus berusaha dan akhirnyer gaji aku pown now dah hampir cecah 5 angka.....alhamdullah...selepas itu aku pown berhenti kerja and do it full timer as Unit trust consultant Public Mutual.

So sape2 yang kat luar sana berminat untuk menjadi ejen seperti aku dan consultant yang lain dengan 5 angka sebulan,sila la tekan no aku kat hp you all sekarang dan aku akan membimbing u all sebaik mungkin dalam Unit Trust industry nih....

Berkenaan Unit Amanah Saham (Unit Trust)

0 comments

Assalamualaikum semua, Disini saya ada sertakan 8 FAQ (Frequently Ask Questions) oleh mereka2 yang berminat nak jadik unit trust consultant. Di harap dengan jawapan yang saya telah berikan kepada mereka sebelum ini, moga mereka yang membaca thread ini terbuka hati untuk mencuba peluang perniagaan ini. Insyaallah dengan usaha yang bersungguh2, saya jamin mereka akan berjaya seperti agen-agen unit trust yang lain.

Soalan 1: Perniagaan Amanah Saham dgn MLM ?

Business ini bukan macam MLM, Unit trust consultant at Public Mutual (regardless CIMB ker, SBB Mutual ker) jual financial servis, bukan jual barang.. kita promote financial product with common objective iaitu untuk menggandakan nilai wang simpanan client kita from minimum RM 1000 ke beribu-ribu ringgit..

Soalan 2: Konflik of Interest dengan Majikan Anda?

Tidak dinafikan memg mengikut kod etika bagi sesetengah kompeni (especially bank), anda sememangnya melanggar syarat2 kod etika pekerja. Namun, jangan anda bimbang, anda (part timer) tidak perlu melakukan urusan kerjaya bisnes ini during working hours. Sebaliknya, cuba berurusan dengan client anda during lunch hour, after working hours atau pun weekends. Semasa saya melalui proses pendaftaran, saya telah di yakinkan oleh “upline” saya yang segala informasi mengenai diri saya adalah NON DISCLOSED. Nama saya tidak akan di paparkan dalam any newspaper atau whatsoever media. Insyallah, kalau niat kita murni, tuhan akan merestui kita asalkan kita tidak lupa tanggung jawab pertama kita itu.

Soalan 3: Terikat dengan kerjaya full time?

Untuk pengetahuan semua, kerjaya unit trust consultant tidak memerlukan anda memantau (monitor) aktiviti pelaburan sepanjang masa. Ini kerana segala aktiviti pelaburan telah dikendalikan oleh Pengurus Dana. Tugas anda hanyalah memprospek (membuat sales) dan provide sales after service.

Sales after service bermaksud anda hanya perlu meng”update” client anda tentang nilai pelaburan semasa mereka, menasihati mereka tentang detik masa yang sesuai untuk menjual, membeli atau menukar (switching) dan provide value added service seperti menguruskan transaksi wang, menghantar borang permohonan on behalf of them dan etc.

Sales after service tidak perlu 24 jam sehari. Mungkin anda boleh membuat sebulan sekali, 2 minggu sekali,seminggu sekali, terpulang dan ia tidak akan mengganggu kerjaya full time anda kerana flexibilitinya yang tinggi. Dalam erti kata lain, anda boleh buat urusan-urusan tersebut during lunch hour atau after working hour. Terpulang kepada anda untuk bagaimana menguruskan masa anda.

Soalan 4: Tidak Mempunyai Ramai Kenalan?

Terdapat 3 kategori prospek iaitu ahli-ahli keluarga anda, kenalan2 anda dan Cold Market (Org luar)Tidak sukar untuk anda memprospek kategori (1) dan (2) di atas. Namun bagi Kategori (3), Public Mutual menyediakan platform untuk anda mendekati golongan ini. Anda boleh menyertai “roadshow” atau “booth” yang di buka di Shopping complexes dan juga mana-mana tempat tumpuan orang ramai. Di situ, anda boleh cuba mendekati sesiapa sahaja dan insyaallah, dalam 10 org yang anda dekati, at least 3-4 org yang terbuka hati.

Katakan anda merupakan seorang pekerja yang perlu berurusan dengan sesiapa sahaja selain daripada org ofis anda, nah…disini peluang anda lebih terbuka luas.setiap org yang anda jumpa dan berurusan, minta business card dia dan follow up tentang unit trust investment scheme ini pula later..

Tidak kira la sesiapa sahaja yang anda berjumpa dan bersembang dengannya, minta daripada mereka sekurang-kurangnya 5 org kenalan mereka. Ulangi proses ini setiap kali anda jumpa somebody.,Dengan berbuat demikian, senarai target prospek anda tidak akan kosong.

Soalan 5: Kurang Pengetahuan dalam Bidang Kewangan/Unit Trust?

Anda tidak semestinya perlu berkelulusan dalam bidang kewangan untuk menjadi unit trust consultant. Aspek pengetahuan dalam bidang amanah saham bukan masalah besar kerana Public Mutual sentiasa give support by trainings, seminar, selling tools and etc. untuk para agent mereka mempersiapkan diri berhadapan dengan prospeks.

Kos2 latihan ini adalah murah (purata RM 10) dan fasilitatornya adalah terdiri dpd fund managers, agensi managers dan mereka yang berpengalaman. Upline-upline anda juga akan always keep in touch dengan anda in order to assist anda kalau sekiranya anda memerlukan panduan.

Soalan 6: Benefit menjadi Agent selain dpd Komisyen?

Incentive

Free Overseas trip, Every year and fully sponsored by the company Public Mutual juga ada beri subsidy untuk sesapa yang nak buat Chartered Financial Planner. Bagi new registered agents, sekiranya mereka closed sales RM 30K dalam masa 6 bulan dari tarikh dia masuk, wang pendaftaran (RM 250.00) akan di refund balik

Benefit

Housing Loan, car loan, note book loan juga ada di beri dengan kadar subsidi yang menarik. Kita juga boleh buat cross selling products dengan menjual product Public Bank seperti housing loan, car loan, business load, credit cards, Insurans and etc. And of course ada separate komisennya jugak. Terdapat juga benefit2 lain seperti waive of service charge sekiranya agent sendiri nak make investment, free insurance coverage tetapi ia tertakluk kpd term and conditions by Public Mutual

Soalan 7: Bagaimana Unit Trust Agent Bole Survive/Jadi Kaya?

Ini merupakan soalan yang mungkin paling popular bagi saya buat masa ini kerana sering di tanya ketika sesi interview. Menerusi “Career Benefit”,Public Mutual berkongsi keuntungan dengan memberi imbuhan kepada agent-agentnya dalam bentuk bayaran bulanan. Bayaran bulanannya berkadar kepada jumlah akaun client yang anda uruskan sepanjang tempoh anda berkhidmat dengan Public Mutual. Lebih lama anda serve Public Mutual, maka lebih besar lah Career Benefit anda. Untuk pengetahuan anda, this is the main features why some of unit trust agent boleh menikmati pendapatan 4 hingga ke 5 angka sebulan.

Rahsia kejayaan seorang unit trust consultant ialah merekrut downlines seramai yang mungkin. Ini kerana dengan mempunyai bilangan downline yang ramai, maka bertambahla komisen yang bakal anda dapat. Untuk mencari downline juga tidak susah kerana business unit trust merupakan business yang popular dan produk pelaburannya merupakan produk yang paling di percayai. Oleh itu, market potential adalah sentiasa terbuka luas kerana ramai di luar sana sedang mencari jalan untuk menggandakan nilai wang mereka. Anda lah yang akan menunjukkan jalan..

Soalan 8: Bagaimana nak mendaftar & Yuran Pendaftaran?

Sebelum mendaftar, anda kena berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan berkelayakan at least SPM. Borang permohonan anda perlu di sertakan sekali dengan ic, Public Bank Saving Account (kalau takde, anda kena buka akaun untuk kredit commission), dan juga wang pendaftaran RM 250.00.

Refer to nazri.amirul.